Saturday, November 10, 2012

Wanita Pertama Dipilih Ketuai Interpol


Perhimpunan Agung Interpol di sini memilih pesuruhjaya polis Perancis yang terkenal bersungguh-sungguh menentang jenayah terancang di Bordeaux dan Corsica, sebagai presiden wanita pertamanya kelmarin.

Mireille Ballestrazzi

"Mireille Ballestrazzi dari Perancis menjadi wanita pertama dipilih sebagai presiden Interpol,” kata persatuan menentang jenayah berat antarabangsa dalam Twitter.

Ballestrazzi, 58, menjadi pesuruhjaya polis Perancis pada 1975 dan sudah menjadi naib presiden jawatankuasa eksekutif Interpol Eropah. Beliau terkenal sebagai pengarah polis perundangan di Corsica pada 1990-an ketika usaha dilancarkan bagi memerangi jenayah di pulau itu.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon