Thursday, November 22, 2012

Wanita Pertama Dilantik Sebagai Jurulatih Bola Sepak Lelaki


Bekas finalis Miss Sport Croatia, Tihana Nemcic menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai jurulatih bola sepak lelaki.


Menurut pemberitaan media tempatan, Nemcic yang berusia 24 tahun akan melatih pasukan divisyen lima Croatia, NK Viktorija Vojakovac.


”Saya sebagai pelatih dan mempunyai kebebasan penuh untuk mencipta dan merancang taktik pasukan,” kata Nemcic pada media “24 Sata” (24 Jam), seperti dipetik AFP.

Menurut Nemcic, yang sudah bermain selama 10 tahun bersama pasukan puteri Dinamo Zagreb serta pasukan kebangsaan, para pemain sudah sangat mengetahui bagaimana cara bermain sepak bola. Namun, masih banyak yang perlu mereka ketahui.


Nemcic menjelaskan, jika wanita dan lelaki mempunyai kelayakan yang sama secara profesional untuk melatih, maka ia melihat tidak ada alasan untuk dapat melatih pasukan putera.


Perempuan berambut panjang dan pirang ini, berkata, para pemain boleh mendengar apa yang dikatakannya dan tidak menjadi masalah. “Kami pasukan hebat dan kami semua akan memperbaiki diri dan berusaha ke puncak liga,” ujar Nemcic.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon