Sunday, November 18, 2012

Usain Bolt dan Chef Terkenal Buka Restoran di London


Jaguh pecut dunia, Usian Bolt mungkin bergabung dengan chef selebriti, Gordon Ramsay untuk membuka sebuah restoran bertemakan olahraga.

Menurut Usain, dia berminat untuk membuka restoran berkenaan di London.

“Saya sukakan makanan dan saya sukakan sukan.

“Saya mempunyai impian untuk menggabungkan kedua-duanya.

“Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan restoran bertema ialah kualiti makanan yang tidak mencapai tahap.

“Jika saya membuka restoran bertemakan olahraga, saya akan memastikan ia yang terbaik. “Kerana itu, saya bercadang bergabung dengan Gordon Ramsay. “Dia chef paling baik di dunia dan mempunyai personaliti,” kata Usain.

Usain akan berada di London Januari ini dan berhasrat berbincang dengan Ramsay mengenai rancangannya itu.

-TS

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon