Saturday, November 24, 2012

Unik! Figura Yang Mirip Artis Hollywood


Info Unik Dunia. Seorang pelukis potret, Noel Cruz, mencipta satu dimensi terbaik figura sejak lapan tahun lalu, dengan mengubah wajah anak patung biasa menjadi artis Hollywood terkenal.


Cruz menyolek semula beberapa wajah anak patung menyerupai wajah selebriti terkenal seperti pasangan romantik filem sekuel Twilight (Edward Cullen dan Bella Swan), Angelina Jolie, Johnny Deep (Kapten Jack Sparrow dalam Pirates Of The Caribbean) dan banyak lagi.

Anak kelahiran Manila, Filipina ini berkata, setiap anak patung yang dihasilkan mempunyai nilai berbeza iaitu bermula pada harga £314 (RM1,530) sehingga £2,200 (RM10,723).

“Saya juga pernah mengecat semula wajah anak-anak patung menjadi wajah penyanyi terkenal seperti Cher, pelakon utama filem sekuel Harry Potter dan Orlando Bloom,” kata Cruz.

–MailOnline

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon