Sunday, November 25, 2012

Ummi Nazeera Tak Berminat Lelaki 'Mat Salleh'


Nama platun filem Hikayat Merong Mahawangsa, Ummi Nazeera agak sepi sejak dia melanjutkan pelajaran di Australia.


Namun kedatangannya pada majlis pelancaran butik Oroton di Pavillion, semalam telah mencuri tumpuan media untuk bertanya lanjut mengenai perkembangannya.

Menerusi Murai.com, Ummi memberitahu selepas pengajian tamat dia akan pulang ke Malaysia buat selamanya iaitu bermula tahun depan.

Kata-katanya itu seperti dia sedang merancang sesuatu yang besar dan penting dalam hidupnya.

Mungkinkah selepas percintaannya bersama aktor kacak, Remy Ishak terlerai di tengah jalan, dia sudah ada teman pengganti dan bersedia untuk berkahwin?

“Memang hati saya kini sudah dimiliki. Apa yang boleh saya katakan sekarang, kami hanya berkawan rapat dan biarlah takdir yang menentukan jodoh kami berdua.

Rupanya, kini Ummi memang sedang menjalin hubungan dengan jejaka melayu dikenali sebagai Aizat.

Perkenalan mereka bermula apabila sedang menuntut di universiti yang sama di Australia.

Ditanya mengapa bukan jejaka bermata biru yang menjadi pilihannya sedangkan dia kini menuntut ilmu di negara mat saleh, Ummi ada jawapannya.

“Entahlah, mungkin sudah ditakdirkan saya dan dia dipertemukan. Lagipun mudah dan saya lebih selesa dengan lelaki Melayu,” katanya ringkas.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon