Wednesday, November 21, 2012

Tiada Lagi Watak Mr. Bean Selepas Ini


Pelakon terkenal Rowan Atkinson memberitahu tidak mahu lagi memegang watak sebagai Mr. Bean yang disifatkan sebagai menyedihkan dan kebudak-budakan.

Atkinson menjelaskan usianya kini sudah tidak sesuai lagi untuk membawa watak Mr. Bean.

Atkinson pertama kali muncul di televisyen pada tahun 1990 apabila watak tersebut telah menjadi popular di kalangan kanak-kanak dan penonton seluruh dunia.

Aktor berusia 57 tahun itu berkata dia kini mahu menumpukan perhatian kepada peranan yang mampu menyerlahkan sisi lainnya sebagai pelakon.

"Mr. Bean adalah satu kejayaan terbesar saya sebagai pelakon namun pada usia sekarang untuk membawa watak kebudak-budakan barangkali sudah tidak sesuai," jelasnya kepada Daily Telegraph.

-Mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon