Thursday, November 15, 2012

Telefon Pintar Nexus 4 Habis Stok Dalam Tempoh 1 Jam!


Telefon pintar terbaru Google, Nexus 4, dilaporkan habis dijual dalam tempoh sejam dikeluarkan di beberapa negara semalam.


Telefon Nexus 4 dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi dari Korea Selatan, LG Electronics dan dijual di kedai dalam talian Google Play.

Notis yang dikeluarkan di laman web itu meminta mereka yang berminat mendapatkan telefon pintar tersebut meninggalkan alamat e-mail untuk dimaklumkan jika terdapatnya bekalan baharu.

"Ramai yang berminat untuk membeli produk terbaharu Nexus 4 sehingga bekalan awal habis dijual di beberapa buah negara.

"Kami kini berusaha menambah bekalan Nexus di Google Play dalam beberapa minggu ini bagi memenuhi permintaan,'' kata pasukan Nexus dalam jaringan sosial, Google.

Laporan awal semalam menyatakan Google Play habis menjual Nexus 4 di Amerika Syarikat (AS). Britain, Jerman dan beberapa tempat lagi.

Nexus 4 dijual pada harga AS$299 (RM926.90) seunit, dilihat sebagai produk lebih murah berbanding telefon pintar keluaran Apple Inc., iPhone.

Google semalam turut menjual komputer tablet baru Nexus 10 inci dan tujuh inci selain sistem operasi Android versi terbaru. - AFP

-Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon