Monday, November 05, 2012

Steven Tyler Putus Tunang Kerana Terlalu Sibuk


Setelah setahun menjalinkan hubungan, penyanyi rock popular, Steven Tyler, mengambil keputusan untuk berpisah dengan tunangnya, Erin Brady.


Menurut sumber, vokalis kumpulan Aerosmith itu dikatakan memutuskan pertunangannya kerana tidak mampu memberi sepenuh perhatian terhadap hubungan itu memandangkan dia kini sibuk dengan konsert jelajah kumpulannya.

"Sebelum ini Tyler telah mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan hubungan bersama tunangnya.

"Namun disebabkan konsert jelajah ini begitu bermakna buat dirinya, dia mengambil keputusan untuk menghentikan pertunangan itu kerana tidak mahu kerjayanya terganggu dengan hubungan tersebut," kata sumber itu.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon