Friday, November 23, 2012

Spesis-spesis Manusia Pelik di Facebook


Siapa yang tidak tahu tentang Facebook! Sebut je nama tu, budak sekolah rendah pun kenal. Masalahnya, kadang-kadang 'wall' kita sering dicemari oleh status 'rakan' yang update tapi mengarut, bertaraf sampah dan tidak difahami langsung!


Nak tahu? Mungkin anda dan saya sendiri tergolong dalam kategori ini. Jom baca!

Kaki update

Orang jenis macam ni kat mana-mana pun akan selalu update status. Status selalunya tidak terlalu panjang tapi kerana terlalu sering membuat rakan facebook lain terasa rimas juga kerana hal-hal yang tidak penting di-post.

Contoh: "Tengah korek-korek bontot, korek-korek shiooom~"

Melankolik

Biasanya selalu meluahkan perasaan di status. Tujuannya? Mungkin kerana ingin diberi banyak komen dari teman-temannya atau hanya sekadar meluahkan rasa isi hatinya di facebook. Biasanya orang jenis ini menceritakan kisahnya dan kadang-kadang bertanya mengenai diri dan lebih kepada bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi daripada orang lain.

Tukang mengeluh

Dari pagi siang, petang, malam, subuh dan bersambung esok harinya mengeluh. Peliknya, ada je bahan-bahan yang nak jadi keluhan. Eh? Korang jangan lak nak mengeluh lepas baca nih! Haha. Kalau korang mengeluh, korang le tu kan?

Sombong

Biasanya suka menunjuk-nunjuk. Mungkin mereka tidak berniat sama sekali untuk menyombongkan diri, tetapi orang yang melihat selalunya merasakan dia ni sombong dan sebagainya.

Puitis

Orang jenis ini suka update status dengan kata-kata mutiara. Jadi, setiap kali update status selalu saja mengeluarkan kata-kata mutiaranya. Kadang-kadang sampai tak faham ape yang dia tulis atau maksudkan. Nak buat kita terharu? Atau nak kita tahu perasaan di sebalik puitisnya kata yang bermetafora? Atau sekadar memancing perhatian? Atau... ah! Banyak sangatlah persoalan...

In English

Jenis "In English" ni termasuk dalam kategori manusia apa saja, melankolik, puitis, sombong dan sebagainya. Dari pandangan sisi rakan facebook. (Mentaliti Melayu selalu macam nih la). Tapi selalunya jenis ini akan mengutarakan dengan yang lebih bergaya iaitu dengan bahasa Inggeris. Sampaikan kene ejek terus.

Lettew

Saya tak tau macam mana nak definikasikan jenis orang jenis ni. Letak "Lettew" je lah. Lettew adalah bahasa yang selalu digunakan di twitter bermaksud "Awak lettew... - LAH TU". Selalu status update dengan bahasa yang sukar difahami dengan ejaan kejap besar, kejap kecik... kejap besar... kejap kecik... Paham-paham je lah.

Obsesi

Selalunya manusia jenis ni kuat berangan dan hidup dalam imigasi tersendiri. Bergantung kepada obsesi si penulis status update dan kerap kali dicontohkan kepada profil FAKE. contoh: "Tengah dating dengan Lisa Surihani - At, Kebun pisang tok mudim.

Serba tahu

Insan jenis ni, semua dia nak tau. Dari rambut atas sampai kuku hujung kaki padahal, satu benda pun dia tak tahu. Contoh; tgk bola.. "Ramli pemain jersi 19, Man.Utd berpindah ke Kelab Malam." Padahal PROPA je.. Lagi nak lebih-lebih, tak tahu diam-diam la... jangan buat tau-tau je...

Kaki Wayang

Selalu update status mengenai filem yang baru habis ditonton. Kalau tengok 10 movies, 10 movies la status berderet hari tu jugak. Contoh: "Alamak! Toyol best. Hantu toyol die pakai pampers and hisap tetek bukan jari kaki".

Sales

Takde update pasal lain, semua pasal barang-barang yang dijual secara online dalam facebook. Jual kerepek pisang dalam talian. Untung maaaa~

Kemasyarakatan

Selalu update status mengenai kemasyarakatan. Contoh: Jom ramai-ramai datang ke stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan robot Real Steel!

L33t

Leet atau eleet atau leetspeak atau 1337 atau l33t dan juga dieja 31337 atau 3l33t Juga dikenali sebagai bahasa hacker. Selanjutnya korang cari sendiri kalau nak tau sejarah leet. Manusia jenis ini ada beberapa versi, dari tulisannya yang aneh atau tulisannya biasa saja, bahasa alien atau memang tak paham langsung!

Contoh:
L33t 1 : "@£@h@¡ x2... p€n¡n9 §¡07 k€p@£@ @kµ 7€n90k @w€k §€k§¡ n¡h"
L33t 2 : "aLaHa| x2..... P3n|nG s|0t k3paLa aKu tGk aWeK S3k$i n|h "
L33t 3 : "4£4h41... p3n1n9 $107 |{3p4£4 4|{µ 73n90|{ 4w3|{ $3|{$1 n1h

(Ingat comel ke tulisan serupa l33t nih?)

Hidden Message

Orang jenis ni, menyembunyikan mesej sebenar dalam mesej status. Kebanyakkannya perempuan.

Contoh: "For you my A**FF C*LL*N, I can't live without you..i miss you... you are my blah blah blah.."

(Padahal orang tersebut tidak ada dalam jaringannya hahaha.. saje tulis. SMS je terus kat die la kalau rindu...)

Misteri

Selalunya membuatkan banyak orang tertanya tanya atas apa maksud dari status orang tersebut. Mengudang tanda tanya dan ah! misterilah...

Contoh: " Sudahlah.." , "Matilah..." "Termenung..." <-- apa="apa" div="div" kes="kes">

*Edited by Sentiasapanas.blogspot.com

-Myblogkuching.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon