Saturday, November 17, 2012

Skim Cepat Kaya Dari Malaysia Kaut RM1 Billion!


Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pelaburan di Filipina yang dipercayai warga Malaysia kini menjadi buruan pihak berkuasa negara jiran itu kerana didakwa menjalankan kegiatan penipuan skim piramid atau skim cepat kaya membabitkan kerugian menghampiri satu bilion ringgit.


Ahli perniagaan berusia 32 tahun dikenali sebagai Manuel K Amalilio di negara terbabit dipercayai bersembunyi di Kota Kinabalu, Sabah selepas berjaya meloloskan diri dari Mindanao apabila skim pelaburan haramnya terbongkar.

Menurut sumber, pengasas Aman Futures Group Phils Inc itu dipercayai menipu sekurang-kurangnya 15,000 pelabur melalui skim piramid ditawarkan syarikat berkenaan, membabitkan jumlah pelaburan RM891 juta (12 bilion Peso).

“Suspek berketurunan Malaysia/Filipina itu kali terakhir dilihat di Kota Kinabalu oleh seorang ahli perniagaan dari Ozamiz City, Zamboanga yang turut menjadi mangsa penipuannya sebelum menyalurkan maklumat itu kepada polis Filipina.

“Mangsa yang kebetulan ada urusan perniagaan dikatakan cuba bersemuka dengan suspek bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelaburannya, namun dihalang beberapa individu lain dipercayai pengawal suspek,” katanya.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon