Tuesday, November 27, 2012

Sedih K-Pop Dihina Rakyat Malaysia Tukar Kewarganegaraan!


Ini kisah fanatik seorang gadis terhadap kumpulan artis dari Korea iaitu kumpulan K-Pop.

Baru-baru ini, gadis itu telah meluahkan perasaannya di laman Twitter dan blognya di mana sebuah kumpulan K-Pop kegemarannya telah dihina sewaktu membuat persembahan di sebuah anugerah yang dianjurkan dekat sini.

Hinggakan si gadis itu terus menukar kerakyatannya dari Malaysia ke warganegara Korea.

Percaya atau tidak, gadis itu terlalu marah apabila kumpulan K-Pop itu telah ‘diboo’ dan dibaling kasut sewaktu membuat persembahan.

Gadis itu juga menyatakan malu kerana menjadi rakyat Malaysia apatah lagi tinggal di negara ini.

Hinggakan, dia bersungguh-sungguh berusaha menyeru kumpulan yang meminati muzik K-Pop meminta maaf bagi pihak yang melakukan ‘kesalahan’ kepada kumpulan itu.

Pelik, tapi itulah penangan dunia K-Pop kepada penduduk Asia lebih-lebih lagi remaja di Malaysia.


-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon