Thursday, November 22, 2012

Roberto di Matteo Kena Pecat K Rajagobal Bila Lagi?


CHELSEA memecat pengurusnya Roberto di Matteo – sehari selepas kelab itu tewas kepada Juventus 0-3 dalam saingan Liga Juara-juara.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter, kelab itu berkata pihaknya mengambil keputusan berjauhan dari warga Itali itu ekoran siri persembahan yang buruk.

Kenyataan Chelsea berkata, “Kelab Bola Sepak Chelsea telah mengakhiri hubungan dengan Pengurus Roberto di Matteo pagi ini.”

“Persembahan dan keputusan-keputusan pasukan sejak kebelakangan ini tidak cukup bagus, dan pemilik dan lembaga merasakan satu perubahan diperlukan sekarang untuk menuju hala tuju yang betul ketika kami bergerak ke laluan penting musim ini.

“Kelab berhadapan dengan tugas yang sukar dalam pusingan kelayakan Liga Juara-juara Uefa dan cabaran kuat untuk menguasai tangga teratas Liga Perdana sementara bersaing dalam tiga persaingan lain.

“Matlamat kami ialah kekal bersaing sejauh yang boleh dan memberi cabaran kuat di semua peringkat,” kata kenyataan itu lagi.

Di Matteo mengambil alih jawatan pengurus selepas Andre Villas-Boas dipecat awal tahun ini.

SENARAI PENGURUS CHELSEA DI BAWAH PEMILIK ROMAN ABRAMOVICH

Claudio Ranieri: September 2000 – Mei 2004
Jose Mourinho: Jun 2004 – September 2007
Avram Grant: September 2007 - Mei 2008
Luiz Felipe Scolari: Julai 2008 – Februari 2009
Guus Hiddink: Februari 2009 – Mei 2009
Carlo Ancelotti: Jun 2009 – Mei 2011
Andre Villas-Boas: Jun 2011 – Mac 2012
Roberto di Matteo: Mac 2012 – November 2012


Bagaimana pula nasib K Rajagobal, bila lagi?

-SinarHarianOnline

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon