Thursday, November 15, 2012

Rajagobal Kekeringan Idea Corak Strategi Harimau Malaya


Berbaki 10 hari sebelum sepak mula Piala Suzuki AFF 2012, timbul persoalan kini sama ada Harimau Malaya masih menyimpan kuku atau pengendalinya, Datuk K Rajagobal sudah kekeringan idea dalam mencorakkan pasukan juara bertahan itu?


Aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam tadi menyaksikan Harimau Malaya sekadar seri 1-1 dengan pasukan ranking ke-172 dunia, Hong Kong, sekali gus memerlukan kemenangan wajib diraih pada aksi persahabatan terakhir menentang satu lagi lawan lemah, Bangladesh, Selasa ini bagi mengembalikan keyakinan penyokong.

Dua kekalahan berturut-turut kepada Vietnam (0-1) dan Thailand (0-2) pada aksi persahabatan di Hanoi dan Bangkok, awal bulan ini sedikit memudarkan semangat penyokong Harimau Malaya apabila kurang 5,000 penonton hadir ke stadium.

Kita tidak pamerkan permainan sebenar sejak awal, tak tunjuk kesungguhan. Hong Kong lebih bertenaga, agresif. Kita tak dapat rentak permainan dan sedikit meningkat di babak kedua hingga dapatkan gol. Tetapi kesilapan komunikasi antara Aidil dan Fahmi memberikan gol mudah kepada lawan, kata Rajagobal.

-Bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon