Tuesday, November 06, 2012

Pergolakan Rumah Tangga Chef Riz dan Ana Dahlia Kerana Orang Ketiga?


Kisah pergolakkan rumah tangga diantara Chef Riz dan Ana Dahlia masih lagi menjadi teka-teki orang ramai.


Masakan tidak, apabila masing-masing amat terkejut kerana mereka telah ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai.

Menerusi Malaysiadigest.com, Ana Dahlia ada memberi sedikit penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku termasuk sejauh mana kebenaran sebelum ini yang dia dikatakan berlaku curang.

Bagaimanapun, aktres berusia 29 tahun itu enggan mengulas lanjut kerana menganggap perkara yang menimpa keluarganya adalah terlalu peribadi.

“Saya tahu lambat laun orang akan tahu juga. Sejujurnya memang kami ada masalah. Tapi tak perlu saya cerita lebih panjang sebab ini adalah masalah peribadi.

“Saya tak mahu aibkan sesiapa. Cukup sekadar orang tahu yang saya ada masalah dan terlalu peribadi untuk di ceritakan”, kata Ana Dahlia kepada Malaysiandigest.com, di sini, hari ini.

Dia tidak mahu berkongsi cerita kerana bukan saja mahu menghormati diri sendiri, malah perlu menjaga nama baik banyak pihak.

“Buat masa sekarang saya tak nak kongsi apa-apa tentang masalah saya. Saya menghormati diri saya.

“Saya perlu jaga nama saya, Riz, bapa mertua (Chef Wan), keluarga saya juga orang sekeliling,” tuturnya.

Sementara itu ketika ditanya apakah konflik yang tercetus berpunca dari gosip yang mendakwan Ana curang, dia menjawab dengan penuh tegas.

“Saya tegaskan yang saya tak pernah menjalin hubungan dengan sesiapa. Saya tak pernah curang.

“Saya harap kepada peminat atau masyarakat yang membaca mengenai gosip tersebut, jangan sewenang-wenangnya percaya.

“Tak perlu saya bercerita panjang tentang apa yang berlaku kerana bagi saya, cukup saya, keluarga, kawan-kawan, Tuhan dan Riz sendiri tahu apa sebenarnya yang berlaku”, katanya lagi.

Mengimbas kembali hubungan diantara dia dan Chef Riz, melalui perkenalan singkat iaitu lebih kurang tiga bulan, akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin.

Namun siapa sangka, baru 11 bulan saja menyelami alam rumah tangga, kebahgian pasangan ini telah diuji Allah SWT.

Apa-apa pun pilihlah jalan terbaik, insyallah Tuhan pasti membantu.

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon