Saturday, November 03, 2012

'Pengganas' Tawar Bantuan Kepada Mangsa Taufan Sandy


Pemimpin kumpulan Jamaat-ud-Dawa, yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganas, telah menawarkan bantuan kepada mangsa taufan Sandy yang melanda negara berkenaan.


Hafiz Mohammed Saeed, yang sebelum ini dituduh sebagai dalang dalam serangan di sebuah hotel di Mumbai pada 2008 hingga meragut 166 nyawa, memberitahu, Islam mengajar umatnya supaya menghulurkan bantuan tanpa diskriminasi.

Justeru, beliau menawarkan bantuan kemanusiaan itu bagi membantu mangsa bencana tersebut.

“Kami ingin menawarkan sokongan tanpa syarat kepada mangsa taufan Sandy.

“Jika kerajaan Amerika Syarikat membenarkan, kami akan menghantar doktor, pakar penyelamat, makanan dan ubat-ubatan,’’ katanya dalam laman facebook.

Bagaimanapun CNN melaporkan, bantuan tersebut ditolak oleh Amerika Syarikat melalui jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Mark Toner.

“Kami menghormati amalan Islam yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya walau di mana sahaja mereka berada, namun dalam hal ini kami melihat tawaran berkenaan sebagai janji kosong.’’ katanya.

Pada 2001, Amerika Syarikat telah melabel kumpulan berkenaan sebagai sebuah pertubuhan pengganas dan menawarkan ganjaran $10 juta dolar terhadap sesiapa yang boleh memberikan maklumat mengenai kedudukan Hafiz.

Setahun selepas itu, Pakistan pula mengharamkan pertubuhan berkenaan.

Selain itu, Hafiz dan pemimpin Laskhar-e-Tayyiba leaders telah diisytihar oleh AS sebagai pengganas, menyebabkan aset mereka dibekukan.

Pada bulan April lalu, Hafiz telah muncul di televisyen dengan menafikan beliau menyembunyikan diri.

Sebaliknya beliau memaklumkan AS boleh menghubunginya pada bila-bila masa.

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon