Saturday, November 10, 2012

Pekerja Hotel Dipecat Minta Autograf Jennifer Lopez


Diva pop, Jennifer Lopez menafikan bahawa dirinya menjadi punca seorang pekerja hotel, di tempat penginapannya di Jerman dipecat gara-gara meminta tanda tangan autografnya.

Jennifer Lopez berada di Dusseldorf, Jerman 
sempena siri konsert jelajahnya.

Dalam laman Twitternya, dia menafikan pemecatan pekerja itu berpunca daripada dirinya.

"Saya tidak tahu punca cerita itu datang," ujarnya menjawab laporan sebuah tabloid di negara itu.

Ujar Lopez, peminatnya lebih tahu perkara ini dan dia tidak akan berbuat demikian semata-mata disebabkan ingin mendapatkan tanda tangannya.

Sebuah tabloid di Jerman menyebut seorang pekerja Hotel Melia Dusseldorf, Pray Dodaj telah mengetuk bilik penyanyi itu untuk mendapatkan autografnya.

Sehari kemudian, pekerja itu menerima panggilan bahawa dia telah dibuang kerja kerana mengganggu privasi penginap hotel itu iaitu Lopez.

Lopez berada di Dusseldorf, Jerman minggu lepas ketika siri konsert jelajah di seluruh dunia.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon