Sunday, November 18, 2012

Panas! Wartawan Kata Lana Nordin Terlebih Mengada-ngada


'Isk, orang nak ambil gambar dia, main-main pula. Banyak mainlah, patutlah sudah lama dalam industri, setakat itu juga perginya, sedih!' Begitulah rungut seorang jurukamera yang dua kali menegur pelakon Lana Nordin selepas Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) minggu lalu.


Kali pertama ajak, dia kata nak habiskan dulu makanan dalam pinggan. Okeylah, jurukamera tadi pun keluarlah menunggu di luar dewan makan. Gara-gara nak penuhi juga permintaan wartawan, lepas lima minit, jurukamera tadi pun pun pergi minta si Lana itu untuk diambil gambar.

Kali ini, bukannya nak ucap terima kasih sebab sanggup tunggu, diberi lagi alasan yang sekali dengar bunyi macam kebuluran sangatlah!

"Saya tak habis makan lagi dan saya nak rasa semua makan yang kat sini," sedap ayat dia.

Kalau Divalah nak diperlakukan begitu, mahu sahaja Diva angkut semua makanan kasi pelakon yang Diva tak ingatlah filem atau drama lakonannya itu makan. Lapar sangatkah, sampai nak ambil gambar seminit pun tak boleh berhenti mengunyah.

Atau itu semua alasan, sebenarnya tak ingin gambar dirakamkan. Bukan ke baju tema alam fantasi yang dipakainya pada malam ASK 2012 cantik dan kena sangat dengan penampilan seksinya dia selama ini. Pelik, kalau Maya Karin yang menang trofi pun rasanya tak buat perangai sebegitu.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon