Saturday, November 17, 2012

Pamela Anderson Malaysia Bangga Tayang Payudara!


Dialah antara artis paling seksi di Malaysia. Sekalipun hanya berkemeja-T, ia sudah cukup membuatkan mata lelaki berpaling ke arahnya kerana gaya nakal dan susuk tubuh yang menggiurkan.

Begitulah pelakon yang pernah digelar ‘Pamela Anderson Malaysia’.


Apa yang menarik, artis itu yang meminta agar ejaan nama komersial dirinya diperbetulkan iaitu Lana Nodin dan bukannya ‘Lana Nordin’, tidak pernah menganggap imej seksi sebagai bonus atau platform pintas untuk menjadi popular sehingga dijolok sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’.

“Ada orang cakap saya perasan, menggelarkan diri sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’. Walhal gelaran itu dicetuskan oleh kawan-kawan wartawan hiburan yang menulis cerita saya sebelum ini.

“Cuma saya tidak pernah marah kerana faham pemilihan sesuatu tajuk yang menangkap sebagai strategi pemasaran. Apa yang pasti, gelaran itu bukan kerana saya ghairah atau berangan hendak jadi macam bintang Playboy itu.

“Walaupun saya tidak nampak di mana persamaan saya dengan Pamela itu, secara logiknya saya faham ‘bahagian mana’ pada diri saya yang menyebabkan gelaran itu diberikan orang. Memang saya tidak boleh menghalang tanggapan dan pandangan orang terhadap diri saya meskipun saya akui apabila kerap kali orang membicarakan soal ‘bahagian itu’, saya jadi rimas! Muak!

“Mana tidaknya, apabila sebut saja nama Lana Nodin, orang bercakap pasal aset tubuh saya dan bukannya bakat,” katanya yang mempamerkan lakonan yang mantap dalam filem Chow Kit yang turut bertanding dalam Anugerah Skrin 2012 (ASK2012), baru-baru ini.

Bakal menyambut ulang tahun ke-33 pada 6 Disember ini, Lana yang juga bekas pramugari AirAsia mendakwa ramai lagi selebriti wanita tempatan lain yang melakukan pembedahan kosmetik terhadap tubuh badan, balik-balik hanya dia seorang yang menjadi mangsa percakapan orang.

Sehinggakan kemunculannya menerusi filem terbaru arahan Afdlin Shauki, terbitan Ismail Holdings dan Vision Works Sdn Bhd, Pontianak vs Orang Minyak pun menjadi topik utama.

Topik yang diperkatakan tidak lain tidak bukan mengaitkan aset tubuhnya itu, dadanya yang dikatakan sebagai mangsa eksploitasi dan bahan jenaka dalam filem itu.

“Ada satu babak, saya mengenakan kebaya putih yang memperlihatkan sedikit lurah dada saya, namun mungkin kerana syot kamera yang diambil dari atas menyebabkan ia nampak menonjol. Malah ada juga dialog saya digelar ‘Hantu Kopek’.

“Disebabkan babak itu, timbul spekulasi Afdlin seolah mahu mengambil kesempatan atas saya. Saya tak nafikan, masa dapat skrip dan juga baju, saya tanya kepada Afdlin boleh lepas ke babak macam ini. Namun selepas penggambaran, tiada masalah pula kerana babak itu diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF),” jelas Lana.

Wanita berbintang Sagittarius ini secara peribadi tidak merasakan pengarah itu mahu mengaibkan dirinya di layar perak.

“Kalau ada berpendapat Afdlin cuba mengambil kesempatan kepada saya, saya juga sebenarnya ambil kesempatan terhadap dia dengan menerima watak ini. Apa yang benar, saya mahu sangat timba pengalaman berlakon di bawah Adflin.

“Saya lihat pembabitan saya dalam filem ini sebagai ruang dan peluang untuk saya nak bina karier saya untuk jadi artis serba boleh. Tidak terbatas pada watak penggoda dan atau perempuan jahat semata-mata.

“Adakah Lana Nodin hanya layak untuk cerita-cerita sebegitu daripada memperkatakan bakatnya? Cuba bayangkan kalau saya berlakon dalam drama Hantu Susu seperti yang dibintangi Erra, tentulah isu aset saya itu akan menjadi topik lebih hangat, namun ia tidak pula menjadi isu kepada Erra,” katanya.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon