Wednesday, November 14, 2012

Paderi Akui Penderaan Seksual Keatas Kanak-kanak Memalukan


Ketua Gereja Katolik berpengaruh di Australia, semalam menyambut baik satu inkuiri menyeluruh berhubung dakwaan penderaan seksual ke atas kanak-kanak oleh golongan paderi yang disifatkannya sebagai memalukan.


Kardinal Australia, George Pell pada masa sama mendakwa, masalah yang dialami pihak gerejanya juga sengaja dibesar-besarkan.

Katanya, pihak gereja akan bekerjasama penuh dengan Suruhanjaya Diraja yang baru ditubuhkan atas arahan Perdana Menteri, Julia Gillard.

“Kami mengakui masalah itu memalukan dan saya memberi jaminan kami serius untuk mengatasi dan menguruskan dakwaan tersebut," ujarnya. - REUTERS

-Utusan.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon