Sunday, November 11, 2012

Naomie Harris Terkejut Dipilih Jadi Gadis Bond


Pelakon filem terbaharu James Bond, Skyfall, Naomie Harris tidak menyangka berpeluang untuk berlakon dalam filem aksi francais tersebut.


Harris berkata, dia menjalani dua uji bakat dan tidak meletakkan apa-apa harapan kerana mengetahui penerbit filem itu menguji bakat beratus-ratus wanita di seluruh dunia.

"Saya tidak pernah melihat diri saya sebagai seorang gadis Bond. Namun, saya bersyukur kerana mendapat watak tersebut,'' ujarnya.

Pelakon itu berkata, penggambaran filem berkenaan memerlukannya melakukan persediaan dari segi emosi dan fizikal kerana sebelum ini dia malas untuk bersenam.

"Untuk filem ini, saya membuat latihan fizikal lima hari seminggu selama dua bulan dengan bantuan jurulatih sebelum penggambaran bermula.

"Saya juga belajar menembak dan memandu daripada pemandu lagak ngeri,'' katanya.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon