Monday, November 05, 2012

Nama Anak Linda Jasmine Mirip Nama Firaun


Ada yang mengadu nama anak pelakon Que Haidar dengan Linda Jasmine, Tengku Cleopatra ini yang dikatakan mirip nama Firaun. Tapi biarlah, bukan isu besar pun. Biasalah sesetengah artis kita tak berfikir jauh. Biarlah artis tu nak bagi nama apa kepada anak mereka. Apa salahnya?


Jangan buang masa berdebat pasal nama anak Que Haidar. Lagi debat, lagi banyak publisiti yang dia dapat. Kalau nak difikir memanglah perlu nama yang membawa maksud yang baik-baik. Tapi nak fikir buat apa sebab mak ayah budak itu tak fikir pun. Buat apa kita buang masa nak fikir bagi pihak mereka.

Menghairankan, kenapa ada yang mempersoalkan nama Tengku Cleopatra itu. Isunya bukan nama anak itu sahaja tapi ia memberi gambaran yang sesetengah artis tidak peka kepada soal begini. Kerana itu tak hairanlah kalau banyak yang dilakukan artis kita melanggar tata susila.

Satu lagi tak payahlah nak bising Que Haidar tak nak tunjuk anak dia. Bukan eksklusif sangat pun. Biar sajalah. Aras tanda pemikiran masyarakat tak berubah sama ada Que Haidar tunjuk atau tidak anak dia. Itu soal kecil dan sangat remeh. Tak perlulan diremehkan.

-Utusan.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon