Monday, November 19, 2012

Muzik-muzik! Diandra Arjunaidi Dikritik Tiada Bakat Menyanyi!


Satu-persatu acara hiburan yang dipertontonkan di kaca televisyen untuk tatapan peminat muzik di Malaysia.

Semalam, satu acara iaitu Muzik-muzik Separuh Akhir 2 (MMSA2) telah ditayangkan secara langsung di saluran TV3, tepat jam 9.00 malam.


Adat dalam satu-satu pertandingan, pastinya kritikan dari pelbagai pihak akan timbul.

Tidak terlepas dari dikritik, penyanyi wanita yang berada di bawah syarikat Yuna Room Records, Diandra Arjunaidi adalah salah seorangnya.

Semalam, di dunia laman Twitter, Diandra telah dikritik oleh semua pengikut laman sosial tersebut.

Dia dikritik kerana nyanyiannya di dalam pertandingan MMSA2 tidak sehebat seperti lagu yang sering didendangkan di corong-corong radio.

Kata mereka, Diandra tidak mempunyai bakat dalam dunia nyanyian.

Malah, ada juga pihak-pihak yang mempertikai bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh Diandra hingga dia layak memasuki pertandingan yang berprestij itu.

Benarkah Diandra tidak pandai menyanyi?

Apa kata anda pula?


-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon