Wednesday, November 14, 2012

Model Baju Dalam Pakai Perhiasan Kepala Kaum Pribumi Mohon Maaf


Syarikat fesyen Victoria's Secret meminta maaf ekoran seorang modelnya, Karlie Kloss memakai satu perhiasan kepala seperti yang dipakai ketua perang penduduk pribumi Amerika Syarikat.

Kloss memakai perhiasaan kepala mirip yang dipakai penduduk pribumi pada pertunjukan fesyen Victoria's Secret di New York pada 7 November lalu.

Permohonan maaf itu dibuat selepas perhiasan tersebut dikritik kerana ia dianggap tidak menghormati kebudayaan dan sejarah penduduk pribumi.

"Kami dengan ikhlas meminta maaf kerana kami tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan sesiapa," kata syarikat berkenaan.

Perhiasan kepala yang mempunyai sejumlah pelepah bulu haiwan itu merupakan simbol penghormatan untuk ketua-ketua perang dan pahlawan penduduk pribumi.

Pada 7 November lalu, Kloss memakai perhiasan kepala mirip yang dipakai penduduk pribumi pada satu pertunjukan fesyen syarikat berkenaan di New York.

Model itu memakai perhiasan tersebut ketika dia hanya memakai coli dan seluar dalam.

Bagaimanapun, Kloss meminta maaf menerusi laman Twitter jika pemakaian perhiasan kepala itu telah mengaibkan pihak-pihak tertentu.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon