Monday, November 19, 2012

Menarik! Laut Mati Bukan Laut Termasin Di dunia


Adakah anda tahu di mana termpat yang paling tinggi kandungan garamnya? Ramai yang akan memberi jawapan Laut Mati. Berdasarkan kajian, air laut kandungan garam tinggi itu boleh menjadi terapi. Tidak hairanlah di sekitar Laut Mati terdapat banyak spa dibina, khususnya untuk terapi kecantikan dan kesihatan. Namun, Laut Mati bukanlah yang termasin di dunia.


Sebuah tasik di Antartika iaitu Don Juan Pond, merupakan tasik dengan kandungan garam yang tertinggi di dunia. Perbezaannya berbanding laut biasa adalah 18 kali lebih masin dan jika dibandingkan dengan Laut Mati adalah 8 kali lebih masin.

Lokasi ini ditemui oleh dua pengkaji tentera iaitu Lt Don Roe dan Lt John Hickey pada tahun 1961 semasa mereka melakukan kajian di Antartika. Dan mereka menamakannya dengan gelaran Don Juan Pond sempena nama mereka. Suhu di kolam itu seperti umumnya di kawasan Antartika, cukup rendah dengan paras terendah yang boleh mencapai -30 darjah Celcius. Namun tasik ini tidak pernah membeku seperti tempat lain di Antartika.

-Blogammar.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon