Monday, November 26, 2012

Memalukan! Rajagobal Tak Hormat Kemampuan Pemain Punca Kalah!


MEMALUKAN! Itulah ungkapan ringkas dan tepat yang boleh disimpulkan selepas menyaksikan skuad Harimau Malaya, kendalian Datuk K Rajagobal tewas 0-3 dengan Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


Apa lagi alasan Rajagobal aka RAJABEBAL. Pelbagai eksperimen dilakukan, namun akhirnya keputusan tersebut jelas membuktikan betapa skuad Harimau Malaya belum mampu menunjukkan taring sebenar.

Jangan salahkan pemain, SALAHKAN RAJABEBAL!

Harimau Malaya kalah sebab pasukan ketiadaan kesebelasan utama yang mantap. Asyik tukar pemain baru untuk dijadikan eksperimen!

Sepatutnya pemain lama dikekalkan sambil pemain baru diterapkan supaya keserasian antara pemain dapat dikekalkan.

Singapura sendiri mengekalkan pemain-pemain lama, malahan ada pemain yang berumur 42 tahun pun masih lagi bermain kerana keserasian itu yang lebih penting.

Strategi undur kebelakang menjadi amalan oleh jurulatih Rajabebal.

Prestasi menunjukkan, jurulatih langsung tidak belajar daripada kelemahan, kekalahan dan prestasi tidak memuaskan ketika perlawanan persahabatan sebelum ini.

KITA PERMUDAHKAN, RAJABEBAL.. SILA BERUNDUR KALAU ANDA MASIH ADA RASA MALU!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon