Saturday, November 17, 2012

Memakan Daging Akan Mendorong Anda Melakukan Jenayah!


Kebaikan dan keburukan makan daging mungkin menjadi subjek perbahasan bagi pakar pemakanan.


Bagaimanapun, satu buku teks sekolah di India dengan jelas berkata: Daging akan membuat anda membohong, mencuri malah melakukan jenayah seks.

Panduan moral itu muncul dalam buku sekolah untuk murid 11 tahun.

Dalam satu laman, buku itu berkata, mereka yang memakan daging akan mudah menipu, lupa janji, tidak jujur, suka memaki, mencuri, bergaduh, ganas dan melakukan jenayah seks.

Ia juga mendakwa, najis yang menghasilkan perasa daging serta memuji rakyat Jepun kerana mengamalkan makan sayur. Ia bagaimanapun tidak pula menyebut mengenai kegemaran rakyat negara itu kepada makanan laut.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon