Saturday, November 03, 2012

Masalah Pergaulan Bebas Remaja Semakin Meruncing


Masalah seks yang melanda kalangan remaja di negara ini tidak dapat dielakkan lagi. Saban waktu, pasti kita dengar dan baca pelbagai kes membabitkan pelacuran, seks bebas, pergaulan bebas dan jenayah seks.


Ini sebenarnya mengheret manusia jauh daripada peradaban dan menjauhkan mereka dengan agama. Apapun, manusia harus kembali kepada peradaban dan ajaran agama. Hanya peradaban dan agama dapat membentuk nilai kemanusiaan yang semakin pupus dalam hati dan jiwa manusia pada masa kini.

Laporan Kesihatan Seksualiti dan Reproduktif Remaja pada tahun 2003 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sedikit sebanyak mampu menggambarkan sejauh mana seriusnya gejala seks di kalangan remaja di negara ini.

Merujuk kepada kes rogol saja, 63 peratus mangsa adalah golongan remaja dan 9.4 peratus daripada jumlah pemangsa juga remaja.

Sementara bagi kes pelacuran membabitkan remaja, sebahagian besar pelacur terdiri daripada remaja berusia 15 hingga 17 tahun.

Namun begitu, tidak kurang juga pembabitan remaja berusia 12 hingga 14 tahun iaitu 13.1 peratus. Kes bersabit penzinaan pula membabitkan individu yang masih di peringkat awal iaitu sekitar usia 10 tahun.

Tentulah amat membimbangkan namun maklumat yang didedahkan ini hanya sebilangan kecil daripada apa yang sebenarnya berlaku dalam negara ini.

Bagaimanapun, ia memberi gambaran kepada kita betapa parah dan betapa goyahnya nilai agama, moral dan akhlak generasi hari ini.

Justeru, usaha yang lebih efektif perlu dilakukan untuk mengatasi permasalahan terbabit.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon