Sunday, November 25, 2012

Maria Farida Rimas Dilabel Artis Simbol Seks


Biarpun usianya sudah mencecah 43 tahun, namun, sekali imbas, aktres Maria Farida kelihatan baru berusia lewat 20-an.


Itulah keistimewaan yang dimiliki Maria, biarpun sebenarnya dia sudah mempunyai anak lelaki yang menjangkau usia 15 tahun.

Justeru, dek kerana kelihatan masih muda, cantik dan seksi, tidak hairanlah ada pihak yang melabelkan wanita ini sebagai artis simbol seks.

“Sejujurnya saya tidak selesa apabila orang labelkan saya sebegitu. Negara kita bukannya ada cerita seks sehingga saya mendapat label sebegitu.

“Saya rasa tidak adil saya dikatakan artis simbol seks hanya kerana saya berpakaian seksi. Saya harap orang tidak labelkan saya sebegitu hanya kerana imej saya. Sebaliknya, mereka sepatutnya menilai lakonan saya,” ujarnya kepada Zass.

Maria berkata, dia sebenarnya tidaklah akur apabila dilabelkan sebagai artis simbol seks, namun, terpaksa menelan kerana bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia.

“Tanyalah sesiapa sahaja, tidak ada sesiapa yang suka dilabelkan sebegitu rupa. Jadi saya nafikan sekeras-kerasnya saya akur dilabel sedemikian, seolah-olah macam saya reda saja mendapat label sebegitu,” katanya.

Maria berkata, biarpun berpakaian seksi di luar, dia jarang berpakaian seksi di dalam drama dan filem lakonannya melainkan benar-benar perlu, tetapi ia tidak dilakukan secara keterlaluan.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon