Sunday, November 25, 2012

Manchester United Tenang Baham QPR


Manchester United merampas seketika tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas bangkit menewaskan QPR 3-1 di Old Trafford, malam tadi tatkala Arsenal sekadar seri 0-0 dengan Aston Villa di tempat lawan.


QPR yang mendapat sentuhan pengurus baru, Harry Redknapp menggantikan Mark Hughes yang dipecat berjaya mendahului menerusi jaringan Jamie Mackie pada minit ke-52.

Namun United tidak goyah, sebaliknya lebih bertenaga dengan membalas tiga gol menerusi tandukan Jonny Evans (64), Darren Fletcher (68) dan Javier Hernandez (71).

Dengan kemenangan itu, United naik ke tangga teratas liga selepas mengumpul 30 mata, menyisihkan Manchester City dengan kelebihan dua mata.

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon