Thursday, November 15, 2012

Mamat Sepah Undang Kontroversi Cemar Maruah Sendiri


Bekas anggota kumpulan lawak, Sepah ini nampaknya tidak habis-habis dengan kontroversi yang melanda dirinya. Mamat atau nama sebenarnya, Mohd. Noor Murad, 27, pada mulanya dikatakan penyebab perpecahan Sepah walaupun ketika itu populariti kumpulan itu sedang memuncak.


Ketika enak dibuai mimpi sepanjang bercinta dengan pelakon bertudung, Fida Ibrahim pula, hubungan mereka tiba-tiba putus di tengah jalan setelah Mamat didakwa telah memuat naik gambar bekas teman wanitanya itu ke dalam laman sosial yang menampakkan rambutnya.

Bengang dengan perbuatan itu, Fida memutuskan hubungan mereka, walaupun telah memaafkan perbuatan Mamat.

Tidak berhenti di situ sahaja, Mamat terus dihujani dengan kontroversi apabila memuat turun gambar pelakon dan juga Presiden Seniman, Zed Zaidi kemalangan yang dikatakan sedang nazak, sedangkan sebenarnya gambar itu hanyalah babak lakonan Zed dalam sebuah drama.

Terbaharu, portal dan blog hiburan tempatan telah mengaitkan nama Mamat dengan kontroversi yang mendakwa dia telah mencemarkan satu majlis kenduri perkahwinan dengan mencalitkan kek pada muka pengantin lelaki.

Selain itu, Mamat turut dikaitkan dengan isu dirinya yang nyaris dibelasah di sebuah pusat membeli-belah apabila menunggang motosikal berkuasa tinggi sportbike miliknya di kawasan orang berniaga di Johor Bahru (JB), Johor.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon