Thursday, November 08, 2012

Made in China! Giliran Kereta Lamborghini Pula Kena Ciplak


Kehebatan industri pemalsuan di China memang tidak dapat disangkal lagi. Setelah hampir kesemua produk terkemuka di dunia di-ciplak kan, kini giliran jenama automotif terkenal dunia, Lamborghini pula untuk di palsukan.

Lamborghini Murcielago China

Bagi mereka terutamanya golongan muda yang berhasrat ingin memiliki sebuah kenderaan berjenama Lamborghini, kini tidak perlu risau lagi. Terima kasih kepada sebuah pengeluar kenderaan yang telah pun membina replika Lamborghini yang 99% hampir sama dengan yang asli.

Selalunya, bagi membeli sebuah Lamborghini yang original, anda perlu membawa keluar duit sebanyak US$400,000, namun dengan kenderaan yang diperbuat daripada China ini, anda hanya perlu membayar sebanyak US$65,000 sahaja.

Walaupun bahagian luar kenderaan Lamborghini mempunyai kesamaan hampir 99%, namun untuk bahagian dalaman, ia 70% ciplak. Replika Lamborghini ini dinamakan sebagai Shanzai Lamborghini di China.

Pengeluar kenderaan ini mempunyai bengkel mereka sendiri yang khusus untuk membina kenderaan seumpama ini dan diedarkan ke seluruh Asia. Tempoh untuk mendapat tempahan kenderaan adalah selama 5 bulan dan perlu membayar deposit sebanyak 210,000 yuan.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon