Thursday, November 15, 2012

Lelaki Yang Mengubah Dirinya Menjadi 'Kucing' Bunuh Diri


Dennis Avner, 54, yang menghabiskan usianya dengan melakukan pembedahan bagi menukar dirinya menjadi kucing betina, ditemui mati di rumahnya di Tonopoh.


Avner yang gemar digelar sebagai `Stalking Cat’ juga seorang veteran tentera laut.

Punca kematiannya masih disiasat namun dia dipercayai membunuh diri.

Sepanjang hayatnya, Avner telah menghabiskan beribu-ribu dolar untuk menjalani pembedahan bagi membentuk bibirnya seperti kucing, mengubah bentuk telinga, memasukkan silicon ke pipi, membuat tatu kucing di muka serta badannya, untuk kelihatan seperti seekor kucing betina.

Semua pembedahan itu dijalankan oleh Steve Haworth, yang mengkhusus dalam teknik mengubah badan.

Dia yang berasal dari keturunan primitif Amerika Syarikat, telah mendapat inspirasi untuk menjadi kucing selepas berbincang dengan ketua puaknya.

Dengan kuku yang dibiarkan panjang dan kulit yang ditatu seperti kucing, dia menjadi terkenal di kawasan perumahannya.

Avner yang bekerja sebagai pengubahcara computer, sering muncul dalam rancangan Ripley’s Believe It or Not! dan program lain di seluruh dunia.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon