Sunday, November 25, 2012

Lelaki Terpengaruh Aliran Gotik Kerat Budak 10 Tahun


Tragis sungguh hidup seorang kanak-kanak, Jessica Ridgeway, 10, apabila dia telah dibunuh kejam dengan mayatnya dikerat sehingga menyebabkan polis sukar untuk membuat pengecaman.


Peristiwa itu berlaku di Westminster, California, Amerika Syarikat.

Mengimbas kejadian yang berlaku, pada 5 Oktober lalu, Austin Reed Sigg, 17, telah membuat pengakuan kepada ibunya Mindy Sigg mengenai pembunuhan yang telah dilakukannya.

Tetapi Mindy tidak terus membuat laporan polis.

Sebaliknya pada 23 Oktober, barulah Mindy membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa dengan mengatakan mayat mangsa telah dibuang dia sebuah taman perumahan Westminster.

“Saya membuat panggilan telefon dan dia (Austin) kemudiannya menyerah diri (pada polis).

“Hanya itu yang mampu saya katakan,” kata Mindy sambil bergenang air mata kerana berasa pilu dengan pembunuhan dilakukan anaknya itu.

Austin difahamkan menculik Jessica ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolah.

Pada hari sama, keluarga mangsa membuat laporan tentang kehilangan Jessica selepas dia tidak muncul-muncul di sekolahnya.

Polis Westminster yang melakukan operasi besar-besaran mencari Jessica dan akhirnya menemui mayat mangsa cilik itu di kawasan perumahan yang terletak tidak jauh dari kediamannya.

Mayat Jesicca ditemui dalam keadaan menyedihkan.

Tubuhnya dikerat-kerat. Polis tidak menolak kemungkinan kehormatan mangsa dicabul sebelum nyawanya diragut.

Menurut rakan Austin, Hannah Bane berkata, suspek seseorang yang berkelakuan pelik dan terpengaruh dengan aliran gotik.

Kenyataan Hannah disokong Brooke Olds dengan berkata, suspek sangat terpengaruh dengan dunia gotik yang cenderung pada suasana gelap dan kematian.

Ibu bapa mangsa, Jeremiah Bryant dan Sarah Ridgeway yang sudah bercerai masih enggan membuat sebarang kenyataan.

Tetapi mereka mengakui kecewa sekali dengan kematian anak mereka itu.

Sehingga kini kes ini masih lagi dalam perbicaraan.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon