Saturday, November 17, 2012

Lelaki Mati Ketika Buang Air Besar


Seorang lelaki yang bakal menimang cahaya mata pertama bulan depan ditemui mati dalam keadaan terduduk ketika membuang air besar di tandas belakang rumah pekerja kontrak di Jalan Oya, di sini, semalam.


Mayat Jala Melin, 26 berasal dari Batu Niah, Miri, dan bekerja sebagai buruh binaan di Mukah sejak tahun lalu, ditemui isterinya, Bibi Unan, 30, apabila mendapati suaminya tidak pulang ke rumah selepas mengadu sakit perut kira-kira jam 1 pagi.

Menurut Bibi, kira-kira sejam dia menunggu kepulangan suaminya, namun tiada kelibat menyebabkan dia memeriksa di tandas itu.

“Sebaik menjenguk, saya terkejut dan mendapati suami terduduk dalam tandas. Saya menjerit meminta bantuan jiran sekerja sebelum dihantar ke Hospital Mukah dan disahkan meninggal dunia.

“Sebelum tidur, suami berkelakuan aneh dengan tiba-tiba mengajak saya membeli dan melengkapkan peralatan menyambut anak sulung yang bakal lahir bulan depan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia dan suami juga merancang untuk berpindah ke kampung halaman suaminya di Niah.

“Saya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian ini dan sedang menunggu bedah siasat sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan.” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon