Saturday, November 17, 2012

Lelaki India Bunuh Diri Kecewa Tak Dapat Bercuti


Tertekan kerana tidak dapat pulang ke kampung halamannya di India untuk menyambut Deepavali, seorang tukang masak nekad mengelar lehernya dalam kejadian di tandas sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru, di sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, M Muthuraj, 33, ditemui dalam keadaan telentang dengan keadaan lehernya hampir putus dan berlumuran darah.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati mangsa bekerja di restoran terbabit sejak empat tahun lalu dan sudah berkahwin, tetapi kesemua keluarganya berada di India.

“Mangsa dikatakan mahu bercuti untuk menyambut Deepavali bersama keluarganya, tetapi dia kecewa kerana gagal mendapat cuti dan terpaksa bekerja,” katanya.

“Berikutan itu, mangsa yang tertekan selepas cutinya tidak diluluskan bertindak masuk ke bilik air restoran terbabit dan menguncinya dari dalam sebelum mengelar lehernya menggunakan sebilah pisau,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang mengelar leher sendiri kemudian rebah dan kejadian itu didengari seorang lelaki.

“Bagaimanapun, usaha membuka pintu tandas terbabit gagal dilakukan berikutan ia dikunci dari dalam dan lelaki yang mendengar bunyi berkenaan bersama pekerja lain akhirnya menghubungi polis.

“Sepasukan polis tiba di lokasi kejadian terpaksa menghubungi bomba untuk memecahkan pintunya dan hasil pemeriksaan menemui mayat lelaki terbabit dalam keadaan terlentang dengan lehernya hampir putus,” katanya.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon