Monday, November 26, 2012

Kontroversi Anne Ngasri Pilih Calon Berpangkat


Cuma syukur yang terucap di bibir ketika semua orang melahirkan rasa terkejut dengan pertunangan pelakon Anne Ngasri dan pilihan hatinya dua minggu lepas.


Tunangan Anne bukan sebarangan orang. Selain merupakan seorang ahli perniagaan, Mohd. Sumali Reduan juga merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia.

Melihat kepada status yang dipegang oleh bakal suaminya itu, maka ramailah yang mula membuat spekulasi sendiri.

Ada yang mengatakan Anne sebenarnya ibarat tak fikir panjang apalagi dia baru sahaja putus cinta dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz ketika itu.

Tak kurang juga ada yang mendakwa, Anne memilih duda anak satu itu kerana kedudukan lelaki berkenaan.

Apa pun anggapan orang, cuma Anne sahaja yang tahu mengapa dan kenapa dia menerima Sumali dalam hidupnya sementelah sekian lama juga Anne menjanda selepas bercerai dengan bekas suaminya terdahulu, Abdul Wafi Hassan.

Anne sebelum ini juga telah mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Sumali dan kedua-dua mereka telah sepakat untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada 22 Disember ini.

Pun begitu, ada pula bisik-bisik nakal yang mempersoalkan keputusan Anne yang mahu mengadakan majlis pernikahan itu di Johor.

Tak akanlah kerana menurut kemahuan sebelah pihak semata?

Anne ada alasan tersendiri ketika soalan mengenai hal ini ditujukan padanya.

-Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon