Wednesday, November 21, 2012

Komputer Cepat Rosak Jika Tutup Tanpa Shut Down


Mesti ada di antara korang yang suka tutup komputer/laptop tanpa tekan butang Shut Down atau Turn Off terlebih dahulu bukan? Ini kerana malas hendak menunggu proses shut down yang mengambil masa.


Tetapi tahukah anda, kesan buruk jika tutup komputer/laptop tanpa shutdown komputer. Mari baca info ini antara kesan buruknya..

Antara kesan buruk menutup laptop/komputer tanpa shutdwon ialah:-

Registry. Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.

Cepat rosak. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat, ianya juga mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.

Processor. Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.

Memori. Memori mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memori.

Hard disk. Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.

-Jomberita.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon