Monday, November 19, 2012

Kim Kardashian Terima Ugutan Bunuh Kerana Menyokong Israel


Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dilaporkan menerima ugutan bunuh ekoran menyiarkan kenyataan menyokong Israel di laman sosial Twitter miliknya.


Dalam laman sosial itu, Kardashian menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang berlaku di negara Asia Barat itu dengan menulis 'Berdoa untuk semua di Israel'.

Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan peminatnya dan mengugut untuk membunuhnya.

Kardashian bagaimanapun, memadam kenyataan tersebut dan menjelaskan perkara sebenar.

"Saya mengaku menghantar dua tweet yang berkaitan dengan doa untuk penduduk di Palestin dan Israel tetapi selepas mendapat reaksi daripada pengikut, saya membuat keputusan untuk memadamkan tweet tersebut kerana sedar ramai yang tersinggung.

"Saya sepatutnya menerangkan niat sebenar sebelum menyiarkan tweet tersebut. Saya berdoa supaya mereka selamat,'' kata Kardashian dalam blog miliknya.

Katanya, dia akan lebih berhati-hati dengan apa yang akan ditulis dalam twitternya selepas ini bagi mengelak sebarang kekeliruan.

-AGENSI

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon