Tuesday, November 06, 2012

Kerana Terlalu Minat Kereta Kebal Dijadikan Tempat Kediaman


Kerana minat, seorang bekas tentera sanggup menghabiskan duitnya membeli sebuah kereta kebal terpakai untuk dijadikan tempat kediamannya.


Paul Haynes dari Leamington, Britain, membeli sebuah kereta kebal untuk dijadikan hiasan dirumahnya sebagai satu koleksi yang berharga buat dirinya.

Haynes, sebelum ini merupakan seorang tentera dari unit Amor kereta perisai tentera Britain bertindak demikian kerana kereta kebal itu pernah dipandunya sewaktu bertugas dalam tentera Britain.

"Saya membelinya kerana ia banyak meninggalkan kenangan manis sewaktu bertugas di medan perang menggunakan perisai itu," ujarnya.

Katanya, perisai itu pernah menyelamatkannya dalam beberapa peperangan dan serang hendap. Ia meninggalkan nostalgia kepadanya dan beberapa krew yang lain.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon