Monday, November 19, 2012

Kerana Bodoh Hakim Arahkan Wanita Terima Hukuman Paling Bodoh!


Dalam setiap perkara yang kita lakukan, tidak kira kecil atau besar tindakan kita, pastinya akan ada hukuman sebagai balasan.

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang merupakan warganegara Amerika Syarikat akibat tindakannya yang bodoh.


Shena Hardin, 32, terpaksa menanggung malu akibat kesalahan lalu lintas yang dia lakukan yang mampu membahayakan nyawa orang ramai.

Suatu hari, Shena telah memandu keretanya hingga naik ke atas laluan pejalan kaki hanya kerana tidak sabar menunggu sebuas bas sekolah yang sedang berhenti di tepi jalan.

Tindakan bahaya Shena itu telah dirakam oleh seseorang dan rakaman itu telah diberikan kepada pihak berkuasa.

Akibatnya, Shena telah dibicarakan di mahkamah dan seorang hakim di Mahkamah Cleveland, Ohio telah menjatuhkan hukuman supaya Shena berasa malu.

Shena dikehendaki memegang kertas yang mempunyai tulisan yang memalukan dirinya dan harus berdiri di satu jalan selama satu hari.

“Hanya manusia bodoh yang memandu keretanya di atas laluan pejalan kaki, demi memotong sebuah bas sekolah,” isi tulisan yang harus dipegang oleh Shena.

Orang ramai yang lalu-lalang di sepanjang jalan tersebut kebanyakannya mentertawakan diri Shena.

Mereka yang lalu dengan menaiki kenderaan juga akan membunyikan hon kereta sebagai tanda malu untuk wanita itu.

-Sochai

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon