Saturday, November 17, 2012

Kemaluan Dibuang Gara-gara Suntik Besarkan Zakar


Pegawai Kesihatan berkata, zakar seorang pesakit lelaki yang mengalami jangkitan terpaksa dibuang selepas dia menyuntik minyak zaiton ke organ itu untuk membesarkannya.


Cara yang membahayakan dan tidak terbukti berkesan itu sering dilakukan di Thailand di mana sekurang-kurangnya 40 pesakit dimasukkan ke hospital di Bangkok sebulan akibat kesan sampingan.

Zakar lelaki berusia 50 tahun itu terpaksa dibuang selepas dia mengalami kesan sampingan yang teruk.

Jurucakap Hospital Besar Polis Bangkok, Sirikul Jiaranaikhajorn berkata, lelaki itu menjalani suntikan minyak zaitun beberapa kali sejak beberapa tahun lalu.

Lelaki itu didiagnosis menghidap kanser dan perlu menjalani pembedahan membuang zakar.

Sirikul berkata, “Ini merupakan pembedahan (zakar) paling kritikal yang kami jalankan kerana kami menemui kanser.”

Katanya, biasanya dua atau tiga pesakit yang dirawat setiap minggu adalah akibat jangkitan tetapi tiada bukti mengatakan bahawa prosedur suntikan itu menyebabkan kanser.

Lelaki itu mendapatkan suntikan di klinik dan ditemani rakannya, walaupun orang ramai telah diberi amaran bahawa membesarkan zakar dengan cara itu adalah bahaya.

Lelaki itu katanya, mencuba prosedur berkenaan selepas mendengar nasihat rakannya.

-Bangkok Post

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon