Sunday, November 18, 2012

Keliru! Betty Banafe Mungkin Batalkan Perkahwinan


Setelah menyatakan kepada umum dia bakal melangsungkan perkahwinan awal bulan Disember depan, pelakon wanita, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe atau Betty Banafe meluahkan rasa tidak pasti dengan keputusan itu.


Menerusi kenyataan yang dibuat oleh Betty di akhbar Bpop hari ini, dia semakin keliru sama ada ingin meneruskan rancangan mendirikan rumah tangga yang difikirkan sejak beberapa bulan lalu.

Betty berkata, sejak dia bertunang dengan kekasih hatinya, Bruce Dargus, hubungan cinta mereka tidak berjalan dengan lancar.

Pelakon wanita itu juga meluahkan terlalu banyak masalah yang timbul dalam hubungan mereka hingga dia merasa tertekan untuk membuat sebarang keputusan.

“Terlalu berat untuk saya membuat keputusan. Kini, saya berada di persimpangan dilema, sama ada meneruskan atau membatalkan perkahwinan,” kata Betty.

Memikirkan segala persiapan untuk majlis perkahwinannya yang sudah pun disediakan, Betty tahu keluarganya akan merasa malu sekiranya majlis perkahwinan dibatalkan serta-merta.

Namun, Betty tidak mahu perkahwinannya akan berakhir dengan perceraian sekiranya dia berhasrat mahu meneruskan perkahwinan demi menjaga hati pihak-pihak tertentu.

“Saya tahu, saya dan keluarga akan malu jika membatalkan perkahwinan ini, hampir 200 kad undangan sudah diedarkan kepada tetamu.

“Tapi jika saya berkahwin untuk bercerai, tiada gunanya juga. Saya terlalu menyayangi Bruce,” katanya.

Sebelum ini, Betty meluahkan dia merasa bahagia bercinta dengan Bruce kerana memikirkan dia dan lelaki itu mempunyai persefahaman yang kuat.

Tetapi, pelbagai masalah timbul selepas mereka bertunang.

“Sebelum bertunang dulu, kami bahagia dan tiada masalah. Bagaimanapun, sebaik bertunang dan tempoh perkahwinan yang tidak sampai sebulan, banyak masalah yang timbul,” luah Betty.

Bercerita mengenali perkenalan mereka, Betty dan Bruce telah dikenalkan oleh teman masing-masing dalam pertemuan ringkas di ibu kota.

Hubungan mereka berlanjutan hingga ke peringkat yang serius di mana Bruce berani untuk melamarnya sebagai teman wanita.

Bruce yang bersungguh-sungguh untuk menyunting Betty sebagai isterinya telah melamar pelakon wanita itu pada 28 Mei lalu.

Mereka kemudian mengikat tali pertunagan pada 14 Jun yang lalu.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon