Monday, November 05, 2012

Kejam! 2 Beradik Mati Ditikam Pengasuh


Polis New York telah menahan seorang pengasuh atas dakwaan menikam sehingga menyebabkan kematian dua kanak-kanak bulan lalu.

Potret dua beradik yang ditikam dipaparkan di luar apartmen keluarga Krim di New York, semalam.

Ketika ditahan, Yoselyn Ortega, 50, berada di katil hospital setelah sembuh daripada kesan tikaman disengajakan, semalam.

Menurut pihak polis, Ortega menikam Lucia Krim, 6, dan adik lelakinya, Leo, yang berusia 2 tahun pada 25 Oktober di apartmen kanak-kanak itu di Upper West Side. Ortega kemudian menikam dirinya sendiri, lapor AP.

Sementara itu, seorang lagi adik-beradik kanak-kanak malang itu berada bersama ibu mereka ketika pembunuhan berlaku.

Ortega kini berada hospital di bawah kawalan polis.

-AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon