Friday, November 02, 2012

Kantoi! Wanita Dirakam Kencing Dalam Lif


Pengotor! Itulah yang boleh dikatakan kepada seorang wanita berumur dalam lingkungan 20-an ini apabila dia bertindak kencing di dalam sebuah lif. Kejadian yang berlaku di apartmen Sri Saujana di Georgetown ini sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sekitar jam 6.07 petang pada 10 Oktober lalu.


Dalam rakaman berdurasi 16 saat itu, perempuan berkenaan dilihat menoleh ke arah CCTV sebelum menanggalkan seluar dalamnya lalu membuang air kecil dalam keadaan mencangkung.

Menurut setiausaha jawatankuasa pengurusan apartmen, Yeoh Kean Huat, beliau tidak akan melaporkan kejadian ini pada polis kerana ia adalah kes pertama berlaku sejak CCTV itu dipasang dua tahun lalu.


Bagaimanapun, beliau bertindak memaparkan cetakan rakaman CCTV berkenaan di papan notis sebagai tanda amaran kepada orang lain.

Berikut beberapa paparan daripada rakaman CCTV yang sempat dirakam.


-Duniarealiti.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon