Monday, November 26, 2012

Kamera Leica Milik Jurugambar Terkenal Berharga RM7.48 Juta


Kamera Leica yang pernah menjadi milik jurugambar terkenal Amerika Syarikat (AS), David Douglas Duncan, dilelong pada harga 1.6 juta euro (RM7.48 juta) di sini, semalam.


Duncan menggunakan kamera M3D Leica buatan 1955 itu ketika beliau bekerja untuk majalah Life.

Menurut galeri gambar Westlicht yang mengendalikan lelongan tersebut, Leica membuat kamera itu khas untuk Duncan.

Kamera itu, sebelum ini dianggarkan akan dilelong pada harga antara 250,000 euro dan 300,000 euro (RM1.2 juta dan RM1.5 juta).

Duncan terkenal dengan gambar perangnya, termasuk yang diambil ketika perang Korea dan Vietnam, selain menjadi teman baik kepada Pablo Picasso.

David Douglas Duncan

Picasso merupakan antara pelukis agung dan berpengaruh di abad ke-20 yang terkenal sebagai pengasas bersama pergerakan seni Cubism.

Dalam majlis lelong yang diadakan semalam itu, beribu-ribu gambar lama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) turut dilelong.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon