Saturday, November 03, 2012

Isteri Orlando Bloom Minum Jus Mengkudu Untuk Tampil Cantik


Model terkenal, Miranda Kerr mengakui mempunyai rahsia tersendiri untuk tampil cantik dan bertenaga walaupun sudah memiliki seorang anak.

Miranda Kerr

Model jelita berusia 29 tahun itu, mendedahkan dia sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat termasuk meminum jus mengkudu pada setiap hari.

"Sejak berusia 14 tahun lagi, saya didedahkan dengan minuman jus mengkudu. Jus ini membuatkan saya berasa sihat dan bertenaga.

"Lagipun bahan ini mudah diperoleh dan juga murah,'' ujar isteri kepada Orlando Bloom itu.

Katanya lagi, selain mengamalkan minuman kesihatan, dia turut mengambil minyak kelapa sebagai makanan tambahan untuk kekal cantik dan anggun.

"Biasanya minyak kelapa itu saya masukkan ke dalam masakan, salad ataupun diletakkan di dalam teh hijau ,'' ujarnya lagi sambil memberitahu minyak kelapa sangat bagus untuk menjadikan kulit kelihatan cantik.

-AGENSI

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon