Sunday, November 25, 2012

Israel Berundur Kerana Kegagalan Sistem Pertahanan Iron Dome


Data rasmi yang diumumkan jurucakap rasmi tentera Israel membantah dakwaan media massa Israel yang mempersoalkan kegagalan sistem pertahanan anti roket Israel “Kubah Besi” (Iron Dome) dalam menangkal
roket-roket yang ditembak oleh Brigade al Qassam dan roket-roket lain dari sekitar Palestin.


Di saat para wartawan Israel berbicara tentang keberkesanan 'Kubah Besi' menepis banyak roket lawan, data tentera Israel menjelaskan kemampuan pertahanan “Kubah Besi” yang tidak melebihi 50%.

Secara angka, berdasarkan data ketenteraan yang disiar oleh akhbar Ha’aretz di laman web rasminya, menyatakan bahawa lebih dari 850 roket Palestin jatuh di Israel dan “Kubah Besi” hanya mampu menepis 310 roket sahaja. Berdasarkan perkiraan ia hanya mewakili 36% dari jumlah tersebut.

Sementara itu akhbar Israel Yasrael Today meyiarkan data berbeza, menjukkan kemampuan 'Kubah Besi' yang lebih baik dari data Ha’aretz, namun keberkesanan 'Kubah Besi' yang disiarkan Yasrael hanya mencapai 50% sahaja.

Siaran langsung televisyen-televisyen Israel juga telah mengungkap berulang-ulang kali kegagalan 'Kubah Besi' ini dengan suara dan gambar. Salah satu siaran yang mengungkap masalah ini adalah ketika wartawan saluran dua televisyen Israel, yang menyiarkan secara langsung peristiwa ini dari lokasi penempatan Kubah Besi yang posisinya di belakang wartawan tiba-tiba terdengar suara peringatan adanya roket Palestin dari sistem tersebut.


Wartawan tersebut mengatakan, “Mata kami tertuju ke Kubah Besi setelah kami memujinya berkali-kali akan kemampuan pertahannya, namun roket yang ditembak dari sistem tersebut tidak mengena dan jatuh ke tanah.” Namun wartawan tersebut membela dan memberikan alasan bahawa masih terdapat kegagalan teknikal yang harus diatasi.

Sementara itu akhbar Yasrael menyatakan bahawa kerosakan yang diakibatkan oleh roket-roket lawan Palestin di beberapa wilayah cukup besar.

Youtube: How Israel's Iron Dome Missile Protection System Works

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon