Sunday, November 25, 2012

Ilmu Hitam! Nafsu Dikunci Gadis Thailand


Akibat cuba memainkan perasaan seorang wanita warga Thailand walaupun ketika itu sudah mempunyai kekasih, seorang lelaki menerima nasib amat malang sebaik mendirikan rumah tangga apabila nafsunya dikunci hingga tidak bermaya setiap kali mahu bersama isteri.

Shahrul menceritakan masalahnya kepada wartawan.

Itu keluhan lelaki hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 25, yang percaya masalahnya itu angkara wanita terbabit yang ingin merosakkan rumah tangganya selepas mengugut berbuat demikian sekiranya dia berkahwin dengan wanita lain.

Shahrul berkata, pada mulanya dia menyangka menghadapi masalah seksual atau lemah tenaga batin sejurus melangsungkan pernikahan dan selepas berbincang dengan isteri, mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian, namun pegawai perubatan mengesahkan dia sihat dan normal.

Berikutan itu, Shahrul bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangganya.

Menceritakan kembali kisahnya selepas menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di sini, Shahrul berkata, dia kesal kerana mempermainkan perasaan wanita negara jiran itu yang juga pembantu di sebuah kedai alat telekomunikasi.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon