Monday, November 19, 2012

Ikan Lumba-Lumba Dilatih Untuk Berperang!


Nampaknya, pihak tentera telah menemui idea yang menarik dengan menggunakan ikan lumba-lumba dalam perancangan peperangan mereka. Ikan lumba-lumba yang dilatih oleh pasukan Tentera Laut Ukraine ini akan menjalani latihan khas bagi tujuan ketenteraan termasuk menyerang pihak musuh dan memusnahkan periuk api di laut.


Pada masa ini, terdapat lebih kurang 10 ekor ikan lumba-lumba yang sedang dilatih dalam satu latihan khas di akuarium laut yang terletak di Sevastopol, Ukraine. Tentera Laut Ukraine kerap melatih haiwan-haiwan ini bagi mengesan objek yang berada di dasar laut.

Melatih ikan lumba-lumba untuk mengesan periuk api di laut bukan lah satu perkara baru kerana sebelum ini, pihak Tentera Laut US juga pernah menggunakan kaedah yang sama. Pada era Soviet UniĆ²n juga, ikan lumba-lumba telah dilatih untuk memasang periuk api pada kapal-kapal musuh melalui periuk api yang telah dijatuhkan ke laut dengan payung terjun sebelum itu.

-Harian-metro-online.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon