Monday, November 19, 2012

Holocaust! One Family Killed By Israel Air Strike


Bahagian awal video di bawah adalah kerja-kerja pembersihan sebuah rumah di Gaza yang menyaksikan 10 ahli keluarga (ada laporan mendakwa 11 orang) atau 3 generasi dari satu keluarga maut akibat keganasan Israel.


Terdapat juga seorang bayi dalam keluarga malang itu.

Jelas kelihatan para penyelamat menarik keluar mayat salah seorang mangsa.

Israel mendakwa ia kononnya menyasarkan seorang pejuang Palestin. Namun, penduduk setempat berkata mereka tidak pernah dengar pun nama pejuang itu.

Serangan itu begitu kuat sehingga rumah berkenaan berubah menjadi lubang besar akibat letupan.

Gaza tidak memiliki sebarang sistem amaran serangan menyebabkan kemusnahan datang secara tiba-tiba tanpa penduduknya dapat melakukan apa-apa.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon tiba di Cairo hari ini bagi menyertai perbincangan genjatan senjata anjuran Mesir.

Israel juga dikatakan telah menghantar pasukan diplomatik bagi menyertai perbincangan berkenaan.

Serangan Israel ke atas Gaza dimulakan Rabu lalu dengan alasan ia mahu menghancurkan lokasi-lokasi tembakan roket oleh pejuang Gaza ke Israel.

Setakat ini, 1,350 sasaran dibom oleh Israel sejak permulaan Operation Pillar of Defence berkenaan.


-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon